Ikuti Kami:

Nora Danish ucap terima kasih pada PM, Seronok dah boleh keluar berdua

Nora Danish ucap terima kasih pada PM, Seronok dah boleh keluar berdua

Semalam kerajaan memberi kelonggaran dimana ketua keluarga boleh membawa seorang ahli rumah sekiranya keluar membeli barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4.

Perkara tersebut disambut baik oleh rakyat termasuk selebriti, Nora Danish yang berkongsi rasa gembira kerana dapat keluar setelah berminggu-minggu duduk di rumah.

Menerusi laman Instagram, selebriti berusia 38 tahun itu kelihatan teruja dimana dalam perjalanan bagi membeli barangan dapur bersama suaminya Nedim Nazri.

“Bila kerajaan dah bagi kelonggaran boleh keluar berdua. Ya Allah seronoknya rasa walaupun beli barang dapur. Terima kasih Perdana Menteri,” tulisnya.

Nora juga tampil mengenakan selendang dan jubah serba hitam yang selalunya dipakai untuk pergi ke masjid atau ketika majlis berbuka puasa.

Rata-rata warganet mengakui seronok dan ‘lega’ apabila mendapat kelonggaran bagi keluar rumah berdua selain meminta Nora untuk menjaga diri dan keselamatan.

Seronok kan!

Jaga keselamatan!

Puas hati boleh bersiap keluar rumah

Sumber : Nora Danish

Komen
Loading...