Ikuti Kami:

Nora Danish Mengalirkan Air Mata, Bersyukur Berjaya Khatam Al-Quran 9 Malam Akhir Ramadan

Nora Danish Mengalirkan Air Mata, Bersyukur Berjaya Khatam Al-Quran 9 Malam Akhir Ramadan

Selebriti popular iaitu Nora Danish juga tidak lupa untuk mengumpul pahala terutamanya pada 10 malam terakhir ini dengan membaca keseluruhan Al-Quran. Daripada entri di Instagramnya, wanita tersebut jelas tidak dapat menahan sebak atas pencapaian yang bermakna itu.

Jelas Nora, hatinya mula terusik dan memasang niat untuk mengaji al-Quran selepas menyaksikan beberapa rakan selebriti yang lain berjaya khatam kitab suci tersebut sementara mempunyai masa terluang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Pelakon itu turut menjelaskan dalam tangisan bahawa proses untuk khatam al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah baginya dek jadual seni yang sentiasa padat sehingga membantutkan niat tersebut selama bertahun-tahun lamanya.

“Ya Allah, syukur alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Macam tak percaya dapat khatam pada 9 malam terakhir Ramadan. SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.”

Bahkan Nora merebut peluang ini untuk mengajar anak lelakinya iaitu Rayqal mengaji dan meluahkan rasa takut sekiranya dia lupa jika lama meninggalkan ibadah tersebut.

Wanita genit itu tidak segan mengakui bahawa dia mengalami kesukaran pada awalnya untuk menghabiskan hanya sehelai muka surat, Pun begitu, setelah lama dipraktikkan, dia menjadi seronok sehingga tidak sabar untuk mengaji malahan pernah menghabiskan 150 muka surat dalam masa sehari. Alhamdulillah.

“Pada mulanya satu muka surat nak habiskan rasa susahnya. Lama2 lima muka surat, jadi 10, jadi 20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.”

“Sampai rasa tak sabar nak bangun tidur dan mula mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji.”

Usaha jitu Nora nyata menerima sokongan ramai pengikutnya termasuklah rakan selebriti yang memanjatkan syukur dengan pencapaian manisnya itu.

Komen
Loading...