Ikuti Kami:

Nora Danish Anggun Berhijab, Serlah Pesona Dalam Amber Oasis 2.0: Mirage

Nora Danish Anggun Berhijab, Serlah Pesona Dalam Amber Oasis 2.0: Mirage

Pelakon terkenal Nora Danish terus mencuri tumpuan apabila tampil menawan dengan imej berhijab sejak Julai lalu. Penampilan baharunya yang sopan namun kekal bergaya membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu tampil menawan dengan penuh keyakinan dan keanggunan.

Kemunculan Nora sebagai wajah utama kempen Amber Oasis 2.0: Mirage membawakan nafas segar dalam dunia fesyen Muslimah tempatan.

Koleksi terbaharu jenama Amber itu menggabungkan elemen keindahan padang pasir dengan sentuhan moden yang sofistikated, melambangkan keseimbangan antara kelembutan dan kekuatan wanita moden.

Menurut Pemilik Amber merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej bahawa setiap wanita berhak untuk tampil yakin dan anggun dalam caranya sendiri.

“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa berkompromi dengan nilai kesopanan. Setiap fabrik dipilih dengan teliti agar sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas atau melekat di badan,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Datuk Adzliana berkata, nama Mirage dipilih kerana menggambarkan ilusi dan bayangan indah seperti sesuatu yang tampak jauh namun mempesona, seumpama pesona wanita yang penuh rahsia dan daya tarikan tersendiri.

“Setiap potongan direka bagi meraikan keanggunan wanita daripada pelbagai latar usia dan personaliti. Ia adalah penghormatan kepada wanita yang kuat, namun tetap lembut dalam gaya dan tutur,” jelasnya.

Koleksi Amber Oasis 2.0: Mirage menampilkan tiga siri utama iaitu:

BELLA (RM389) – Menggunakan Shimmering Voile, rekaan dua helai (2-piece) yang ringkas namun mewah dengan pilihan warna Oud Brown, Rose Gold dan Tilbury Teal.

LAILA (RM269) – Diperbuat daripada Armane Satin, berpotongan moden dan ringan dengan warna Magenta, Grey dan Pale Blue, sesuai untuk gaya berani tetapi lembut.

MEDINA (RM329) – Menggunakan Shimmering Voile dengan potongan flowy serta lengan reben romantik dalam warna Blush Peach, Purplish Gold, Olive Gold dan Burnt Orange.

Menggunakan fabrik ringan dan mudah digosok, koleksi ini memberi keselesaan maksimum tanpa mengorbankan gaya, meraikan keanggunan, kekuatan dan keaslian wanita berhijab.

Sementara itu, Nora Danish meluahkan rasa terharu apabila diberi kepercayaan menjadi wajah utama kempen yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa mengabaikan aspek fesyen.

“Saya percaya berhijab bukan penghalang untuk tampil bergaya. Yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri. Koleksi Mirage sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia memadukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,” katanya.

Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert menandakan kesinambungan kejayaan Amber dalam memperkukuh kedudukannya sebagai jenama fesyen tempatan yang terus melangkah ke pentas antarabangsa melalui rekaan yang elegan, eksklusif dan bermakna buat setiap wanita.

Komen
Loading...