Berhasrat menjadikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah, pelakon Noorkhiriah berniat mahu menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada umum.
Menurut Khiriah, tindakan itu merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan sebagai bekalan di akhirat kelak.
Berita itu dikongsikan pelakan drama Nur ini di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah,” katanya.
Tambah Khiriah, beliau akui dirinya tidak kaya malah bijak mengambil inisiatif ini untuk meninggalkan harta ini buat semua andai beliau dijemput Ilahi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengiutnya menghargai perjuangan yang dilakukan Khiriah untuk kebaikan bersama.
Malah wujud segelintir netizen yang memuji perancangannya itu dan menyifatkan peribadi Khiriah sebagai selebriti yang berhati mulia.
Terdahulu sekitar tahun 2016, Khiriah difahamkan mahu mengundur diri daripada industri seni, namun kembali aktif semula selepas dirinya dikhabarkan mendapat tawaran melakonkan watak yang sesuai dengan keperibadiannya.