Nonny Nadirah Dedahkan Kisah Disihir: ‘Korang Tak Rasa Apa Saya Rasa’, Tanggal Tudung Kerana Buatan Orang
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu
Selepas mengejutkan ramai dengan keputusannya untuk kembali tidak bertudung dan mendedahkan aurat, pelakon popular Nonny Nadirah, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, menjadi sasaran kritikan hebat daripada orang ramai.
Namun begitu, Nonny menegaskan bahawa dirinya masih berpegang teguh kepada ajaran Islam, meskipun perubahan yang dilaluinya itu berpunca daripada faktor yang sukar diterima oleh akal.
Menurut Nonny, perubahannya bukanlah kerana kehendaknya sendiri tetapi disebabkan perbuatan sihir oleh individu yang tidak menyukainya.
Nonny percaya bahawa sihir tersebut adalah punca utama dia ‘tanggal’ tudung dan dilihat dalam keadaan yang tidak mencerminkan dirinya sebelum ini.
“Saya berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis. Korang tak rasa apa yang saya rasa,” kata Nonny menerusi perkongsian emosional di akaun Instagram miliknya pada Khamis.
Nonny menekankan bahawa perasaan dan pengalaman yang dilaluinya tidak sama dengan apa yang orang lain lihat dari luar.
Walaupun banyak pihak mendesak agar Nonny mendedahkan identiti individu yang terlibat dalam perbuatan sihir tersebut, Nonny memilih untuk tidak berbuat demikian.
Baginya, setiap manusia diuji dengan dugaan masing-masing dan tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan mengheret nama pihak lain.
“Saya tak mahu mendedahkan siapa dalang di sebalik semua ini. Semua orang ada ujian mereka, dan ini ujian saya,” jelas Nonny.
Sejak kontroversi ini berlaku, Nonny juga menerima banyak sokongan daripada peminat yang memahami situasinya dan berharap agar pelakon itu segera pulih daripada dugaan yang dihadapinya.
Dalam masa yang sama, Nonny tetap berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan peminatnya walaupun situasi yang dilaluinya sangat mencabar.