Noh Salleh & monoLoque Warnai Festival Muzik Gema Pekik Palu Februari Ini
- oleh Mohd Indera
- 2 bulan lalu

Penyanyi, Noh Salleh dan monoLoque bakal menjadi peneraju utama festival muzik Gema Pekik Palu yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Februari 2025 di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Festival ini mengetengahkan keunikan muzik fusion yang menggabungkan elemen tradisional dan moden, di bawah anjuran Stereo Pixels dengan sokongan Yayasan Hasanah.
Dua Malam, Dua Dunia Muzik Berbeza
Festival ini menawarkan dua malam persembahan utama:
Malam Fusion Tradisi
Pada 8 Februari 2025, Noh Salleh akan memikat para peminatnya dengan persembahan hits seperti Rahsia Tuhan dan Angin Kencang.
Konsert yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman ini turut menampilkan kumpulan fusion Traditopia, kumpulan muzik tradisional 1963, dan gitaris akustik berbakat Az Samad.
Turut memeriahkan pentas ialah Rina-Hime, Dekwa, dan re-bloom, yang akan mempersembahkan lagu-lagu antarabangsa dengan sentuhan tradisional yang memukau.
Malam Fusion Distorsi
Pada malam berikutnya, 9 Februari 2025, monoLoque akan menghidupkan pentas dengan karya-karya fusion moden.
Bersamanya ialah kumpulan muzik berbakat seperti Fugo, Sekumpulan Orang Gila (SOG), Dish, dan Viona.
Malam ini dijangka menjadi pentas eksplorasi muzik yang penuh energi dan eksperimentasi.
Selain dua malam konsert, Gema Pekik Palu turut menyediakan aktiviti untuk semua golongan umur secara percuma dari pukul 10 pagi hingga 8 malam selama dua hari.
Aktiviti ini merangkumi:
• Bengkel Muzik Tradisi
• Pertandingan Bakat Tradisi
• Bazaar Seni
• Persembahan Muzik Akustik oleh artis independent
Tiket untuk konsert bermula dari RM80 dengan pilihan diskaun untuk pembelian pasangan dan kumpulan.
Semua tiket adalah kategori tempat duduk bebas (free seat) dan terhad kepada 300 tempat duduk setiap malam.
Pembelian tiket boleh dilakukan secara atas talian di https://pekik.ubertickets.asia.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan gandingan hebat Artis Tempatan yang bakal mewarnai pentas dengan muzik fusion yang memukau!