Nirvana Tribute Experience Gegar Malaysia: 20 Julai Jadi Malam Keramat Peminat Grunge
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu

Peminat muzik grunge di Malaysia kini bersiap sedia untuk satu pengalaman yang luar biasa. Konsert Nirvana Tribute Experience Tour yang pertama kali akan diadakan di Malaysia pada 20 Julai 2025 di JIOSPACE, Petaling Jaya, dijangka menjadi malam yang tidak akan dilupakan oleh semua penggemar muzik alternatif.
Tribute act terkenal dunia, Nirvanna – Tribute to Nirvana, yang datang terus dari Amerika Syarikat, akan mempersembahkan sebuah konsert yang bakal menghidupkan semula semangat dan legasi Kurt Cobain serta Nirvana.
Promosi konsert ini dimulakan dengan gimik papan iklan misteri yang mula muncul di beberapa lokasi strategik di ibu kota, memaparkan logo ikonik ‘Smiley Face’ Nirvana, yang telah mencetuskan tanda tanya dan kegembiraan di kalangan peminat muzik.
Konsert Nirvana Tribute Experience menjanjikan sebuah pengalaman yang lebih daripada sekadar persembahan, dengan 35 lagu dari album-album utama Nirvana seperti Bleach, Nevermind, dan In Utero akan dipersembahkan secara langsung.
Peminat juga akan diberi peluang untuk merasai segmen Unplugged khas yang menghidupkan semula konsert ikonik MTV Unplugged in New York.
Dengan harga tiket yang berpatutan bermula dari RM158 hingga RM458, konsert ini telah menarik perhatian ramai peminat dari pelbagai lapisan usia.
Tiket telah dibuka untuk jualan, dengan fasa jualan umum bermula pada 5 Mei 2025, melalui laman rasmi Mediaberg dan Ticket2U.
Jadual Tiket:
- Mediaberg Preferred Priority Access: Kini hingga 2 Mei 2025 | 11:59PM
- Mediaberg Pre-Sale: 5 Mei 2025 | 12PM – 11:59PM
- Jualan Umum: 6 Mei 2025 | 3PM onwards
- Tiket boleh didapati di: www.mediaberg.com | www.ticket2u.com.my
Konsert ini bukan hanya sekadar persembahan biasa — ia adalah satu penghormatan kepada muzik grunge, satu malam yang diharapkan akan membawa kembali kenangan indah dan emosi yang mendalam dari era 90-an.
Dengan permintaan tiket yang begitu tinggi, para peminat dinasihatkan untuk segera membeli tiket agar tidak terlepas peluang untuk merasai pengalaman penuh grunge ini.
20 Julai 2025 bakal menjadi malam keramat dalam kalendar peminat grunge di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.