Nikmati Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu

Sempena bulan Ramadan ini, restoran WARNA All Day Dining di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie mengajak para tetamu untuk menjelajahi keistimewaan kulinari dari sembilan daerah di Selangor.
Bufet ini memberi penghormatan kepada warisan masakan Malaysia dengan menampilkan hidangan tradisional dan warisan yang dipilih khas untuk musim penuh keberkatan ini.
Para tetamu akan disajikan dengan suasana mesra dan eksklusif sambil menikmati hidangan istimewa hasil air tangan Eksekutif Chef Zaharullail Ashari, yang menggabungkan keaslian dan sentuhan moden dalam setiap sajian.
Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan mengetengahkan pelbagai hidangan autentik yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Selangor.
Antara sajian istimewa yang ditampilkan ialah Sambal Taun yang kaya dengan warisan Selangor, Nasi Ambeng dari Sabak Bernam yang terkenal sebagai hidangan komuniti dengan nasi wangi dan pelbagai lauk, serta Siakap Purbakala dan Siakap Stim yang diinspirasikan daripada hidangan laut di pesisir Klang.
Bagi mereka yang menggemari sajian berempah, Kari Kepala Ikan dan Gulai Kawah dari Sepang menjadi pilihan terbaik.
Selain itu, penggemar daging boleh menikmati Kambing Bakar dan Ayam Golek dari Hulu Langat yang dipanggang sempurna untuk memberikan pengalaman berbuka puasa yang mengasyikkan.
Tidak ketinggalan, Satay, Lemang, dan Ketupat dari Gombak serta Soto Jawa dan Sup Berempah dari Kuala Selangor turut disajikan, membangkitkan nostalgia berbuka puasa bersama keluarga.
Punten Jawa, hidangan istimewa berasaskan nasi mampat dengan kuah lazat yang terinspirasi daripada budaya Jawa di Selangor, juga pasti menarik perhatian.
Bagi mereka yang menggemari makanan jalanan, bufet ini turut menawarkan Char Kway Teow dan Asam Laksa dari Kuala Langat, Murtabak, Roti Canai, dan Roti John dari Hulu Selangor serta Shawarma dari Petaling yang menjadi kegemaran ramai.
Tidak lengkap sesuatu jamuan tanpa pencuci mulut yang lazat. Para tetamu boleh menikmati Wadai Kipeng, hidangan pulut lembut dalam kuah santan wangi, serta Jenang Kudus yang bertekstur halus dan kaya rasa, menjadikannya penutup sempurna kepada pengalaman berbuka puasa di sini.
Fariz Victor, Pengurus Besar Mercure Kuala Lumpur Glenmarie, menyatakan bahawa Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan bukan sekadar hidangan berbuka puasa, tetapi satu penghormatan kepada warisan kulinari Malaysia yang mengutamakan keaslian tempatan serta mengeratkan hubungan dalam suasana penuh kebersamaan dan keceriaan.
“Ramadan kali ini, kami teruja untuk menawarkan pengalaman menjamu selera yang mencerminkan identiti Mercure – sebuah jenama yang meraikan keaslian tempatan dan hubungan bermakna.” katanya.
WARNA All Day Dining merupakan destinasi makan yang menampilkan gabungan cita rasa Malaysia dan antarabangsa dalam suasana moden yang selesa.
Dengan kapasiti sehingga 180 tetamu, restoran ini menyediakan ruang makan yang luas dan perkhidmatan mesra untuk pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.
Eksekutif Chef Zaharullail Ashari menekankan bahawa Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan menampilkan hidangan tradisional terbaik dari setiap daerah di Selangor untuk memberikan pengalaman rasa autentik seperti di rumah.
“Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan dirancang untuk membawa orang ramai menikmati hidangan yang penuh tradisi dan budaya. Kami telah memilih menu terbaik dari setiap daerah di Selangor untuk memberikan rasa autentik seperti di rumah.” katanya.
Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan boleh dinikmati pada harga promosi RM128+ untuk dewasa dari 4 – 10 Mac 2025. Bermula 10 Mac 2025, harga bufet ialah RM148+ untuk dewasa, RM98+ untuk warga emas (60 tahun ke atas), dan RM68+ untuk kanak-kanak (7-11 tahun).
Tambahan pula, tetamu boleh menikmati promosi beli 10, percuma 1. Bagi menambah kemeriahan suasana, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung oleh Balle Balle Band, menjadikan suasana berbuka puasa lebih istimewa dan mengasyikkan.
Sebagai sebahagian daripada Accor, kumpulan hospitaliti terkemuka dunia, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie berkomited untuk memberikan pengalaman istimewa dan bermakna kepada semua tetamu.
Sama ada berbuka puasa bersama keluarga, menganjurkan majlis korporat, atau sekadar menikmati keunikan citarasa Selangor, Bufet Ramadan Sajian Darul Ehsan menjanjikan satu pengalaman gastronomi yang tidak akan dilupakan.
Selain buffer iftar, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menawarkan Promosi Staycation Ramadan bagi mereka yang mencari tempat peristirahatan yang tenang sepanjang bulan yang mulia ini.
Dari 4 hingga 28 Mac 2025, tetamu boleh menikmati penginapan yang selesa dengan harga bilik bermula dari RM 328+ semalam, termasuk iftar untuk seorang.
Tawaran eksklusif ini memberikan peluang untuk berehat dan merasai layanan mesra dari Mercure Kuala Lumpur Glenmarie.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi WARNA All Day Dining di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie di +6011 3148 2889.