Ikuti Kami:

Nikmati Bufet Ramadan Retro Klasik di Hotel Premiera Kuala Lumpur

Nikmati Bufet Ramadan Retro Klasik di Hotel Premiera Kuala Lumpur

Hotel Premiera Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan Ramadan dengan menawarkan pengalaman berbuka puasa yang unik menerusi Bufet Ramadan bertemakan “Ramadan Retro Klasik”.

Bufet ini bukan sahaja menyediakan pelbagai juadah tradisional, tetapi juga membawa tetamu menyusuri kenangan indah era 70-an dan 80-an dengan dekorasi dan hiburan retro klasik.

Diketuai oleh Chef Dzulkarnain, menampilkan lebih 100 jenis hidangan setiap hari, bufet ini memikat selera dengan menu wajib cuba seperti Sup Gearbox Power, Patin Tempoyak, Kambing Bakar Arang, dan Popiah Basah.

Tidak ketinggalan, hidangan unik seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan pelbagai jenis ulam-ulaman kampung turut disediakan.

Peminat durian pasti teruja dengan bufet durian yang ditawarkan, manakala menu minuman seperti Soda Herbs, Air Mata Kucing, dan Sirap Bandung menambah kepelbagaian pilihan untuk para tetamu.

Menceriakan suasana, kumpulan Stereo Accoustica akan mempersembahkan lagu-lagu retro klasik Melayu dan antarabangsa, mencipta pengalaman berbuka yang mengimbau nostalgia indah.

Butiran Bufet Ramadan Retro Klasik

Tarikh: 3 Mac – 28 Mac 2025
Masa: 6.30 petang – 10.30 malam
Lokasi: Dewan Utama, Hotel Premiera Kuala Lumpur

Harga Early Bird (1 Jan – 2 Mac 2025): RM120 bersih seorang

Harga Biasa:
Dewasa: RM160 bersih seorang
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM80 bersih seorang
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM80 bersih seorang

Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Hotel Premiera terkenal dengan perkhidmatan mesra keluarga serta juadah yang memenuhi citarasa tradisional dan moden.

Hotel ini komited untuk memberikan pengalaman terbaik, khususnya pada musim perayaan seperti Ramadan.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi +603-2615 1000 atau e-mel [email protected].

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati suasana Ramadan yang penuh nostalgia di Hotel Premiera Kuala Lumpur!

Komen
Loading...