Nikmati Bufet Istimewa ‘Savor the Spice Symphony’ di Ibis Kuala Lumpur City Centre
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu
Ibis Kuala Lumpur City Centre memperkenalkan promosi bufet istimewa bertemakan “Savor the Spice Symphony” bermula 21 hingga 31 Oktober ini sempena perayaan Deepavali.
Bufet ini menampilkan pelbagai hidangan autentik daripada India istimewa dari Chef Kavi, yang dibawa khas dari Ibis Chennai City Centre, India.
Chef Kavi akan menyajikan pelbagai masakan India tradisional dengan sentuhan moden, termasuk hidangan seperti Village Kozhi Murungai Curry (kari ayam drumstick) dan Kari Virunthu, salah satu sajian non-vegetarian yang popular di India Selatan.
Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan lain seperti Ambur Chicken Briyani, Kari Kambing, dan Malabar Paratha yang menyelerakan.
Selain daripada masakan India, bufet ini turut menyajikan pilihan hidangan antarabangsa seperti pasta bakar, beef stroganoff, dan Mapo Taufo dari masakan Cina.
Penggemar makanan pencuci mulut pasti teruja dengan seleksi manisan seperti ais batu campur (ABC), kuih-muih tradisional Malaysia, serta pastri Perancis yang dihidangkan di kaunter pencuci mulut.
Bufet ini tersedia pada harga RM59 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak pada hari biasa (Isnin hingga Jumaat), manakala pada hujung minggu dan cuti umum, harga adalah RM79 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.
Waktu operasi bufet adalah dari 12:00 tengahari hingga 3:00 petang serta 6:00 petang hingga 10:00 malam.
Untuk menambahkan lagi keseronokan, terdapat persembahan buskers secara langsung dan diskaun 10% untuk tetamu in-house serta ahli Ibis.
Nikmati keunikan rasa dari seluruh dunia sambil merasai kehangatan rempah ratus di bufet “Savor the Spice Symphony” ini.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi +60 3-2778 3388 atau hantar mesej WhatsApp ke +601-2668 9929. Bagi tempahan berkumpulan, anda boleh hubungi +601-2668 9970 atau emel ke [email protected]. Untuk maklumat tambahan, layari www.kampungkitchen.com.
Foto oleh : Pa Pa Din (Amoz)