Ikuti Kami:

Nike AF1-Type Hadir Dalam Rona Tanah, Multi-Material

Nike AF1-Type Hadir Dalam Rona Tanah, Multi-Material

Nike AF1-Type merupakan cabang baru untuk kasut ikonik Nike Air Force 1 yang cuba untuk menjadi simbol koleksi itu dalam dunia baru yang kini dipengaruhi oleh rekaan jalanan (streetwear).

Pernah hadir dengan beberapa versi warna sebelum ini, Nike baru baru ini melancarkan Nike AF1-Type dalam warna rona tanah “Light Ivory/Earth Brown” yang menggunakan pelbagai bahan untuk binaan kasut ini.

Bahagian atas Nike AF1-Type baru ini diperbuat daripada kulit yang turut menampil grafik logo Nike & N.354 secara minimal. Manakala bahan semi-translucent TPE digunakan untuk bahagian tengah kasut ini dan dihiasi logo ikonik Nike.

Nike AF1-Type mula dipasarkan pada harga US$140.

Komen
Loading...