Ikuti Kami:

Netizen Persoal JPJ ‘Beria’ Fokus Pasal Isu ‘Tinted’ Gelap

Netizen Persoal JPJ ‘Beria’ Fokus Pasal Isu ‘Tinted’ Gelap

Tular rakaman memaparkan seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memeriksa kadar ketelusan cahaya (VLT) kereta milik orang awam.

Tidak dinyatakan di manakah pemeriksaan itu berlaku namun rakaman pendek tersebut meraih perhatian ramai warganet di media sosial.

Hantaran seorang individu mendapat perhatian warganet apabila dia persoal mengapa JPJ lebih memfokuskan tentang isu cermin gelap sedangkan ada hal lain berkenaan keselamatan jalan raya yang patut lebih dititik beratkan.

“Perihal lori lori duduk lorong kiri, tengah, kanan dekat lebuh raya ELITE setiap hari tu langsung tak ada penguat kuasaan ke? Setiap hari tau. Itu betul punya membahayakan nyawa. Please la YB Anthony Loke.”

Bagaimanapun, beberapa individu berpendapat ada sebabnya mengapa undang-undang membabitkan cermin gelap dikuat kuasakan dan sudah tentu ia adalah demi keselamatan pengguna jalan raya.

Selain itu, ada yang berpendapat cermin yang tidak terlalu gelap boleh membantu nyawa orang lain seperti kes bayi tertinggal di tempat duduk belakang atau individu yang meninggal dunia ketika tidur di dalam kereta.

Tak boleh fikir gelap atau cerah boleh kemalangan atau tidak. Ada isu keselamatan lain contohnya boleh elak bayi tertinggal, elak kes meninggal dalam tidur pun boleh sebab orang dari luar nampak orang di dalam (kenderaan) dan cuba kejutkan.

Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan baharu mengenai pemakaian cermin gelap kepada kenderaan persendirian.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan berkata denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Peraturan baharu tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

“Peraturan-peraturan tersebut telah menetapkan bahawa Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah Subkaedah (1) iaitu cermin hadapan kenderaan 70 peratus, Subkaedah (3), cermin tepi sisi kiri kanan pemandu 50 peratus dan Kaedah 12(1)(b), cermin sisi bahagian belakang dan cermin belakang 0 peratus,” katanya

Komen
Loading...