‘Netizen Jangan Buat Spekulasi Sendiri, Fazura Tak Ada Cakap Pun Fattah Curang’ – Wawa Zainal
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung kemelut yang melanda rumah tangga Fattah Amin dan Nur Fazura.
Kata Wawa, tuan empuanya badan sendiri iaitu Fattah dan Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai punca pergolakan rumah tangga mereka.
Mana ada… kamu (netizen) janganlah sebarkan fitnah tu. Bini (Fazura) dia (Fattah) sendiri pun tak ada cakap dia curang. Kamu orang saja yang buat spekulasi sendiri.
Wawa berkata demikian ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Sementara itu, Aeril berkata, dia juga bersetuju dengan pendapat isterinya.
Kita pun tak tahu kan. Bukan sebab curang, mungkin sebab tiada kesefahaman. Tak semestinya orang itu mahu berpisah sebab curang kan.
Sejak minggu lalu, isu rumah tangga Fattah dan Fazura menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Fazura dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Jumaat lalu.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.