Pembelian secara dalam internet merupakan pilihan utama kerana lebih mudah dan menjimatkan. Pelbagai medium e-dagang seperti shoope dan TIkTok shop yang menawarkan beberapa barangan yang boleh dibeli secara dalam talian.
Namun begitu, lain pula dengan cerita seorang pengguna TikTok yang berkongsi kisah lucu setelah membeli periuk nasi bersaiz mini di platform tersebut telah mengundang tawa ramai netizen.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Nik Mah, dia terkejut barang yang dibeli tidak sama seperti apa yang diingininya. Dia juga mengakui mula terjebak dengan e-dagang disebabkan oleh anak-anak yang sering membeli barangan secara dalam talian.
“Alahai perut lapar, teringin nak order kat TikTok lepas tengok anak-anak buat. Kita pun ikut order juga dalam TikTok.
“Tengok dalam TikTok ada periuk harga RM10.50, tengok dalam tu macam besar. Keluar dari bungkusan saiz dua ibu jari je. Memang digelak anak-anak,” Katanya dalam dialek Kelantan.
Dalam pada itu, Nik Mah sempat memberitahu periuk mini itu, kini menjadi rebutan dan bahan mainan cucu-cucunya.
“Alahai kita tengok murah kita terus order, ingatkan boleh masak nasi. Cucu pakat berebut pula nak buat mainan,” katanya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat ragam Nik Mah dan ada juga yang menceritakan kisah lucu kerana pernah turut terkena sama seperti wanita terbabit.
Mak saya call beria cakap beli penghawa dingin murah RM30. Balik kampung nanti tak panas dah. Sampai balik rumah tengok tak tahu nak nangis ke nak ketawa. Sejuk jamban pun tak lepas apa lagi nak sejuk satu rumah🤣