Ikuti Kami:

Nasi Segar 24 Jam, Tefal Perkenal Delirice Max di Malaysia

Nasi Segar 24 Jam, Tefal Perkenal Delirice Max di Malaysia

(Dari kiri): Pengurus Kanan Rantaian Bekalan, Mae, Pengarah Pemasaran, Johann Ng, , William Yates, Pengurus Produk, Miss Pang, Pengarah Rasa Rosz Sdn. Bhd, Datuk Sri Rozita Ramelan , Pengurus Negara, Jack Wong dan Chef Eksekutif Restoran Rasa Rosz, Chef Bob.

Tefal, peneraju global peralatan rumah, memperkenalkan periuk nasi pintar terbaharu, Delirice Max Rice Cooker (RK7778) yang dicipta khas untuk memastikan nasi kekal segar, gebu dan lembut sehingga 24 jam, sekali gus menjawab masalah utama pengguna iaitu nasi cepat basi.

Pengarah Pemasaran Tefal, Johann Ng, berkata inovasi itu membolehkan orang ramai menikmati hidangan nasi berkualiti tanpa perlu risau soal pembaziran makanan.

“Ramai pengguna berdepan isu nasi cepat basi kerana pemeluwapan air dalam periuk. Dengan teknologi baharu Delirice Max, kami memperkenalkan sistem pemanasan 3D Max bersama empat lapisan pelindung bagi mengekalkan kelembapan yang tepat. Ujian kami menunjukkan nasi boleh bertahan sehingga empat hari tanpa basi,” katanya.

Johann menambah, pelancaran ini sejajar dengan misi Tefal untuk membawa penyelesaian pintar ke dapur rakyat Malaysia.

“Fokus kami ialah memudahkan gaya hidup keluarga moden. Kami mahu memastikan setiap rumah dapat menikmati nasi segar pada bila-bila masa, tanpa perlu memasak berulang kali. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu mengurangkan pembaziran makanan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd., Datuk Sri Rozita Ramelan, berkata inovasi Tefal mampu mengubah cara masyarakat menyediakan hidangan harian.

“Periuk nasi ini sangat praktikal kerana memberi keyakinan kepada pengguna untuk menyimpan nasi lebih lama tanpa rasa bimbang. Dalam perniagaan makanan, konsistensi sangat penting, dan teknologi ini memastikan kualiti nasi sentiasa berada di tahap terbaik,” ujarnya.

Rozita turut menekankan nilai tambah kerjasama ini yang menghormati budaya makanan rakyat Malaysia.

“Kita semua membesar dengan nasi sebagai makanan ruji. Tefal berjaya menghargai tradisi itu dengan memberi teknologi yang mengekalkan rasa asli nasi, walaupun dimasak sejak pagi. Inilah kelebihan yang saya lihat akan mendapat sambutan ramai,” katanya.

(Dari kiri) Pengurus Produk Tefal Miss Pang, Che Sayang Dan Dato Sri Rozita Ramelan, Pengarah Rasa Rosz Sdn. Bhd.

Pelancaran rasmi di Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall, Putrajaya, diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas dan para wartawan.

Demonstrasi memasak turut diadakan bagi menunjukkan keupayaan Delirice Max dalam mengekalkan kelembutan dan kesegaran nasi.

Delirice Max tampil dengan teknologi pemanasan 3D Max yang memastikan pengedaran haba sekata, empat lapisan pelindung untuk menghalang pemeluwapan air serta periuk sfera ultra tahan lasak bagi menjamin hasil masakan sempurna tanpa risiko nasi lembik atau hangus.

Selain memasak nasi, ia turut dilengkapi pelbagai program memasak lain, menjadikannya pilihan serba guna untuk keluarga moden yang sibuk tetapi tetap mementingkan cita rasa dan kualiti hidangan.

Tefal Delirice Max kini boleh didapati di semua gedung runcit utama di seluruh negara, sekali gus memberi peluang kepada pengguna menikmati pengalaman memasak yang lebih praktikal, segar dan bebas pembaziran.

Komen
Loading...