Ikuti Kami:

Nafesa Inspirasi Wanita Profesional, Tudung Premium Serendah RM79

Nafesa Inspirasi Wanita Profesional, Tudung Premium Serendah RM79

Jenama baharu Nafesa dilancarkan secara rasmi hari ini, membawa misi meraikan kasih ibu serta memberi penghormatan kepada perjalanan dan ketabahan wanita profesional.

Nama Nafesa diambil daripada nama ibu pengasas, Naveesof, sekali gus melambangkan kelembutan, kekuatan dan nilai seorang wanita yang amat dihargai.

Pengasas Saudagar Asia, Said Saiful Fazli, yang sebelum ini dikenali melalui kejayaan produk Choco Albab, berkata ilham melahirkan jenama itu tercetus ketika beliau berada di Arafah, saat doa dan pengharapan membuka ruang inspirasi semasa menunaikan Haji.

“Inspirasi itu kami abadikan melalui koleksi The Alhambra Monogram, yang mengetengahkan gaya anggun, elegan dan tinggi cita rasa, sesuai untuk wanita moden,”

“Koleksi ini pula diinspirasikan daripada seni bina Istana Alhambra di Granada, simbol kehalusan seni Islam, kemewahan dan kekuatan tamadun.” katanya pada majlis pelancaran Nafesa yang berlangsung di The Agam, Sungai Penchala, hari ini.

Menurutnya, fabrik satin premium dipilih bagi memastikan tudung lembut, ringan, mudah dibentuk serta selesa dipakai.

Antara kelebihan lain termasuk cetakan halus yang tahan lama, warna yang sesuai dengan tona wanita Asia dan pembungkusan eksklusif yang sesuai dijadikan hadiah serta menawarkan pengalaman mewah pada harga mampu milik.

“Harga pasaran hanya RM79. Hari ini kami membuka pra-pesanan kepada semua ejen, dan produk ini akan mula dipasarkan minggu depan,” jelasnya.

Saudagar Asia mengamalkan model perniagaan direct selling mensasarkan jualan lebih RM10 juta tahun hadapan, disokong rangkaian ejen sedia ada daripada Choco Albab yang mempunyai lebih 100 ribu ejen diseluruh Malaysia.

“Fesyen adalah langkah pertama kami sebelum berkembang ke produk lain seperti sejadah dan pewangi tudung,” katanya.


Pelakon veteran Noor Kumalasari turut dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse, bagi menampilkan elemen kemewahan dan warisan yang tidak lapuk dek zaman.

Komen
Loading...