Ikuti Kami:

Nabila Razali Terima Lebih 40,000 Mesej Dari Peminat.

Nabila Razali Terima Lebih 40,000 Mesej Dari Peminat.

Bagi mempromosikan single terbaharunya Nabila Razali menunaikan janjinya kepada peminat dengan berkongsi nombor telefon peribadi selepas video lirik berjudul Peluang Kedua menerima satu juta tontonan di laman Youtube.

Gara-gara itu, Nabila berkata telefonnya hampir gagal berfungsi selepas menerima lebih hampir 40,000 mesej menerusi aplikasi Whatsapp dan ratusan panggilan daripada peminat.

“Selepas kongsi nombor telefon peribadi, saya menerima mesej dan panggilan tak henti-henti daripada peminat… macam mana bella nak reply macam ni”.

Di dalam video yang di muat naik di laman instagram beliau, Nabila Razali menunjukkan telefonnya yang tak henti-henti menerima panggilan dan pesanan whatapps dari peminat.

“Lepas raya nanti pun belum tentu habis reply semua ni, Apa kata 33K tu pegi SUBSCRIBE kat youtube Bella sekarang. Tekan link kat bio tu pastu subscribe ok? Sapa yg subscribe Bella SAYANG dia lebih sikit!”

Single kelima berjudul Peluang Kedua merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini.

Lirik video telah dimuat naik di laman Youtube Nabila Razali Entertainment sejak Khamis lalu mendapat lebih 1000 nyanyian semula (cover) sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada Khamis lalu.

Komen
Loading...