Ikuti Kami:

Muzaffar Jakel Tampil Memohon Maaf

Muzaffar Jakel Tampil Memohon Maaf

Muzaffar Jakel tampil memohon maaf kepada umum selepas cara penulisan yang dimuat naik di Instagram Stories telah mengguris hati orang Melayu selain tidak sensitif.

Salam semua maafkan saya. Saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam Instagram Stories posting.

“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan.

“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan pemegang saham (shareholder) atau pemilik Jakel.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.

“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan Jakel dan netizen.

“Maaf zahir batin,” tulisnya.

Terdahulu, Muzaffar didakwa memperlekeh orang Melayu selepas ramai yang mempertikaikan tindakan Jakel yang akan kembali beroperasi hari ini (4 Mei).

“Kesian aku dengan orang Melayu. SOP tu bahasa Melayu pun tak pandai baca,” tulis Muzaffar.

Komen
Loading...