Ikuti Kami:

Musica Fest 2025 Satukan Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira & Steven di KL

Musica Fest 2025 Satukan Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira & Steven di KL

Peminat muzik Indonesia bakal disajikan dengan malam penuh nostalgia, emosi dan kepelbagaian genre apabila Musica Fest 2025 menghimpunkan lima nama besar industri muzik seberang di atas satu pentas – Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira Jasmine, dan Steven Pasaribu.

Acara yang akan berlangsung pada 16 November 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur ini merupakan hasil kolaborasi antara Shiraz Projects dan Musica Studio’s, membawakan sebuah festival yang meraikan warna-warni muzik dari kugiran ternama hingga solois muda berbakat besar.

Menurut Shirazdeen Karim, pengasas Shiraz Projects, gabungan artis kali ini adalah simbol penyatuan era dan genre muzik yang berbeza, menjadikan Musica Fest sebuah pesta bunyi yang benar-benar meriah dan pelbagai.

“Kami sengaja memilih pemuzik dari latar berbeza – ada yang sudah lama bertapak seperti Nidji, D’Masiv dan Geisha, serta bintang baharu seperti Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu. Ini bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pertemuan muzik lintas generasi,” jelas Shiraz.

Nidji, yang pernah mencetus fenomena menerusi lagu Hapus Aku dan Sumpah dan Cinta Matiku, menyifatkan Musica Fest sebagai peluang istimewa untuk kembali berkongsi pentas dengan rakan seperjuangan dan menyokong kemunculan generasi baharu muzik Indonesia.

“Sudah lama kami tidak satu pentas dengan Geisha dan D’Masiv. Kehadiran Shakira dan Steven menjadikan Musica Fest ini lebih istimewa – kita raikan muzik lama dan baharu bersama-sama,” kata Nidji.

Untuk mereka yang tidak sabar ingin menyanyi bersama dalam lagu-lagu ikonik seperti Lumpuhkan Ingatanku (Geisha), Cinta Ini Membunuhku (D’Masiv), Benar Salah (Shakira Jasmine) dan Cinta Tlah Terlambat (Steven Pasaribu), tiket akan mula dijual pada 23 April 2025 jam 10 pagi di www.myticket.asia.

Tiket ditawarkan dengan harga bermula dari RM158 hingga RM398, merangkumi beberapa kategori tempat duduk termasuk Diamond, Platinum, Gold dan Rockzone (Free Standing).

Untuk maklumat lanjut, peminat boleh menghubungi talian 0386050196 atau 0122560082, serta mengikuti kemas kini terkini di media sosial @shirazprojects dan laman web rasmi www.shirazprojects.com.

Komen
Loading...