Ikuti Kami:

Mulakan Hidup Baharu, Gelandangan Dibantu Mencari Pekerjaan

Mulakan Hidup Baharu, Gelandangan Dibantu Mencari Pekerjaan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan, para gelandangan di ibu kota telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan Covid-19 apabila berada di tempat terbuka.

Susulan daripada itu, sepanjang PKP mereka telah diberikan bantuan serta kebajikan mereka diberi perhatian oleh pihak atasan. Oleh itu, mereka semua disarankan untuk memulakan kehidupan baru selepas tempoh PKP tamat.

Susulan daripada itu, atas kerjasama beberapa agensi seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuka peluang pekerjaan buat mereka.

Berpeluang peroleh gaji sebanyak RM1,200 sebulan
Susulan daripada itu, sejak hari ini sehingga Selasa depan, mereka semua akan diberi peluang untuk hadiri temuduga bagi jawatan-jawatan di agensi yang disebutkan dengan gaji kira-kira RM1,200 sebulan.

Justeru itu, menerusi Facebook Menteri Wilayah, sudah ramai yang menyahut seruan tersebut dengan mendengar taklimat berkenaan temuduga yang bakal mereka hadiri.

Inisiatif khas yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ini sedikit sebanyak memberi sinar harapan buat para gelandangan untuk memulakan hidup baru.

Semoga dengan inisiatif tersebut membantu mereka menjana pendapatan dan merubah diri menjadi insan yang lebih positif.

Komen
Loading...