Ikuti Kami:

Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Pra-Kabinet Menerusi Sidang Video Selepas Kembali Ke Pejabat

Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Pra-Kabinet Menerusi Sidang Video Selepas Kembali Ke Pejabat

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kembali memasuki pejabat setelah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lepas, selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pra-Kabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19.

Sepanjang tempoh tersebut, Perdana Menteri telah menjalankan tugas rasmi dengan cara bekerja dari rumah.

Pada Selasa, 2 Jun lalu Muhyddin sekali lagi telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

Hari ini Perdana Menteri memulakan tugasan dengan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bagi sesi pra-Kabinet menerusi persidangan video.

Beliau kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra.

Langkah yang julung kali diadakan ini adalah bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.

Komen
Loading...