Ikuti Kami:

MPO Bawa Demon Slayer Live Concert ke Dewan Filharmonik PETRONAS September Ini

MPO Bawa Demon Slayer Live Concert ke Dewan Filharmonik PETRONAS September Ini

Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) akan membawakan konsert secara langsung berasaskan siri anime dan manga popular Jepun, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, ke Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) di Kuala Lumpur City Centre pada September ini.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah menjadi antara anime paling popular di dunia dan pernah menduduki tangga teratas sebagai siri paling banyak ditonton di platform penstriman bagi separuh pertama 2023.

Ia turut meraih pelbagai pengiktirafan antaranya Animation of the Year di Tokyo Anime Awards, Anime of the Year di Crunchyroll Anime Awards, Hadiah Utama di Anime Grand Prix ke-42 dan Animation of the Decade oleh Funimation.

Menurut kenyataan MPO, konsert bertemakan Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve Arc itu akan dipimpin konduktor Emily Marshall dan menampilkan 60 pemuzik orkestra yang akan menghidupkan runut bunyi ikonik karya berkenaan, sambil adegan-adegan daripada siri tersebut dipaparkan di skrin pawagam bersaiz penuh.

Persembahan dijadualkan pada 19 dan 20 September 2025, jam 8 malam, serta 21 September 2025, jam 3 petang. Tiket berharga antara RM298 hingga RM648 boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi MPO di www.mpo.com.my atau www.demonslayerinconcert.com.

Konsert yang dihasilkan oleh GEA Live dan RoadCo Entertainment dengan kerjasama Aniplex of America itu bakal memberi peluang kepada peminat anime untuk merasai pengalaman muzik secara langsung yang menggabungkan elemen sinematik dan penceritaan visual.

Komen
Loading...