Ikuti Kami:

Mövenpick KLIA Penganjur Iftar Pesona Selera Ramadan, Sesi Tazkirah Khas 14 Mac Ini

Mövenpick KLIA Penganjur Iftar Pesona Selera Ramadan, Sesi Tazkirah Khas 14 Mac Ini

Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA bakal membawakan kelainan dalam pengalaman berbuka puasa tahun ini menerusi penganjuran program ‘Pesona Selera Ramadan & Tazkirah Istimewa: Mencari Al-Qadar’ yang dijadualkan berlangsung esok, 14 Mac.

Program yang diadakan di Dataran, Pusat Konvensyen itu bermatlamat memperkayakan pengalaman Ramadan para tetamu dengan menggabungkan hidangan kulinari premium bersama pengisian rohani menjelang fasa 10 malam terakhir Ramadan.

Kemuncak majlis iftar tersebut adalah sesi tazkirah khas bertemakan “Mencari Al-Qadar” yang akan disampaikan oleh dua pendakwah terkenal, Ustazah Nazirah Abu Bakar dan Ustaz Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman.

Sesi yang dijadualkan bermula jam 6.00 petang itu akan menekankan kepentingan menghidupkan malam-malam terakhir dengan penuh keimanan serta amalan seperti solat malam, tadarus al-Quran, dan zikir bagi meraih keberkatan Lailatul Qadar.

“Pencarian Lailatul Qadar bukan sekadar menunggu tanda-tanda tertentu, sebaliknya menuntut kesungguhan umat Islam untuk memperbanyakkan amal kebajikan sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT,” menurut kenyataan penganjur.

Selain pengisian ilmu, para hadirin akan dihidangkan dengan Bufet Pesona Selera Ramadan yang menawarkan pelbagai pilihan juadah tradisional dan antarabangsa.

Harga bufet ditawarkan bermula daripada RM158+ bagi dewasa, RM110+ untuk warga emas, manakala bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun pula adalah RM85+.

Orang ramai yang ingin menikmati pengalaman berbuka puasa unik ini digalakkan membuat tempahan segera memandangkan tempat adalah terhad.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi bahagian Reservasi F&B di talian 010-220 5812 atau 03-8661 8723.

Loading...