Ikuti Kami:

Model Keturunan Uighur Ini Berwajah Persis Anak Patung!

Model Keturunan Uighur Ini Berwajah Persis Anak Patung!

Memiliki darah keturunan etnik Uighur dengan paras wajah serba sempurna dengan matanya yang bundar, hidung mancung dan kulit putih mulus, gadis berusia 28 bernama Dilraba Dilmurat ini mencuri perhatian ramai.

Gadis berasal dari China ini sebenarnya adalah pelakon dan model. Aura gadis ini yang cukup elegan membuatkan dia sering menjadi rebutan jenama mewah untuk dijadikan model mereka.

Sesuai dengan namanya yang membawa maksud ‘cantik rupawan’, antara drama lakonanya yang popular adalah Eternal Love, Ten Miles Peach Blossoms dan dia turut menjadi model untuk jenama mewah seperti Mikimoto, Louis Vuitton dan Clarins.

Tahun lalu pelakon wanita ini tersenarai dalam Senarai 100 selebriti di Forbes China di kedudukan ke 16. Dia dilaporkan menerima bayaran 100 juta Yuan (RM60 juta) bagi setiap drama lakonannya.

Menurut info portal antarabangsa, sebelum bergelar selebriti Dilraba Dilmurat memiliki kerjaya tetap iaitu sebagai jurujual di Changchun, Jilin.

Selain dari itu selebriti cantik ini juga pernah menerima pelbagai anugerah sepanjang kariernya sebagai seorang pelakon.

Antaranya adalah pelakon terbaik di China TV Golden Eagle Awards 2018.

Di sebalik kemasyuran nama Dilraba Dilmurat, gadis ini mengakui tertekan dengan populariti yang dimilikinya itu.

Sumber : HCP

Komen
Loading...