Misteri Dua Buah Kereta Berdebu Tebal Yang Di Tinggalkan Terjawab
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, terdapat dua buah kereta diparkir untuk waktu yang lama sehingga berdebu tebal dan menjadi tanda tanya kepada orang ramai di situ.
Kereta Porsche dan Lexus itu telah ditinggalkan di sana lebih enam tahun lamanya. Kedua-dua kereta ini merupakan kereta mewah dengan harga pasaran di sana melebihi satu juta yuan.
Sebuah laman web China bernama vansky.com, membuat kiraan berdasarkan bayaran 5 yuan sejam, yuran parkir kereta tersebut kini telah melebihi 80,000 yuan dalam 6 tahun.
Mereka yang keluar masuk di kawasan tempat letak kereta tersebut pastinyai ngin mengetahui apa yang beraku di sebalik misteri kereta tersebut.
Netizen segera membongkar misteri di sebalik kereta itu dengan membuat pemeriksaan berdasarkan maklumat nombor plat daripada kereta berkenaan.
Akhirnya persoalan terjawab.
Kedua-dua pemilik kereta ini merupakan penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370.
Menurut vansky.com, mereka dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur dan sekiranya tidak berlaku insiden ‘hitam’ itu, mereka akan mendarat di Beijing pada jam 6:30 pagi 8 Mac 2014 yang lalu.
Mereka kemudiannya pasti akan memandu kereta tersebut dan pulang untuk bertemu semula dengan orang tersayang. Namun, semuanya telah ditakdirkan.
Pesawat MH370 telah hilang selama lebih dari 6 tahun bersama-sama penumpang dan kru penerbangan, dan mereka tidak pernah kembali.
Dipercayai, ahli keluarga pemilik kereta tersebut sengaja untuk tidak mengeluarkannya.
Mereka percaya dan menaruh harapan suatu hari nanti, insan yang mereka nantikan pasti akan kembali. Mereka akan memandu kereta tersebut dan muncul di muka pintu dengan senyuman dan dakapan penuh kerinduan.