Ikuti Kami:

Microsoft Surface Book 3 Dengan Intel Gen-10, NVIDIA Quadro RTX 3000 Dilancarkan

Microsoft Surface Book 3 Dengan Intel Gen-10, NVIDIA Quadro RTX 3000 Dilancarkan

Hari ini setelah berbulan-bulan menjadi bahan sembang peminat produk Surface, Microsoft secara rasminya telah melancarkan Surface Book 3. Dari segi rekaan, ia tidak mempunyai perbezaan besar berbanding Surface Book sebelum-sebelum ini. Namun, spesifikasinya telah dikemaskini dan lebih berkuasa.

Terdapat 2 pilihan saiz Surface Book 3 iaitu 13.5 inci dan 15 inci. Cip pemprosesan pula kini dijana oleh Intel Gen-10 dalam pilihan Core i5 (13.5 inci) dan Core i7 (15 inci). Untuk kad grafik pula, terdapat model asas 13.5 inci yang hanya mempunyai grafik Iris Plus terbina, namun pengguna masih mempunyai pilihan untuk membeli varian tersebut dengan kad grafik lebih berkuasa NVIDIA GTX 1650 Max-Q.

Untuk model 15 inci pula, model asas varian ini menawarkan Nvidia GTX 1660 Ti akan tetapi terdapat pilihan lebih berkuasa disasarkan untuk golongan professional melalui kad grafik Quadro RTX 3000.

Kedua-dua varian 13.5 inci dan 15 inci mempunyai paparan nisbah 3:2, dengan resolusi masing-masing 3000 x 2000 dan 3240 x 2160. Dari segi RAM, laptop ini hadir dengan pilihan sehingga 32GB. Dari segi storan dalaman pula ia mempunyai pilihan sehingga 2TB NVme SSD.

Namun, agak menyedihkan kerana Surface Book terbaru Microsoft ini tidak mempunyai sambungan Thunderbolt 3.

Di Amerika Syarikat, laptop Surface Book 3 ini dijual bermula harga 1,599 USD (~RM 6,911) untuk model i5 dan 2,299 USD (~RM 9,937) untuk model i7. Untuk model dengan Quadro RTX 3000 pula, ia dijual berharga 3,499 USD (~RM 15,124). Untuk pasaran Malaysia, masih belum pasti akan kehadirannya di sini.

Sumber: xda-developers

Komen
Loading...