Ikuti Kami:

Michael Learns To Rock ‘All The Hits’ Gegar Genting November Ini

Michael Learns To Rock  ‘All The Hits’ Gegar Genting November Ini

Kumpulan pop rock ikonik dari Denmark Michael Learns To Rock (MLTR) bakal menggamatkan kembali pentas Arena of Stars, Resorts World Genting menerusi konsert istimewa bertajuk Michael Learns To Rock Encore All The Hits in Malaysia pada 9 November 2025 (Ahad), jam 6 petang.

Kembalinya MLTR ke tanah air adalah sebagai menjawab permintaan tinggi daripada peminat setia yang tidak pernah jemu mendukung mereka sejak lebih tiga dekad lalu.

Konsert yang dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group bersama JS Concert Productions ini dijangka menarik ribuan peminat dari seluruh negara yang ingin mengimbau nostalgia lagu-lagu malar segar kumpulan ini.

Dianggotai oleh Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (gitar) dan Kåre Wanscher (dram), MLTR telah menawan hati jutaan peminat global menerusi lagu-lagu hits seperti “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Paint My Love”, “That’s Why (You Go Away)” dan “Take Me To Your Heart”. Lagu-lagu ini bukan sekadar runut kenangan malah masih menjadi siulan hingga ke hari ini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 MLTR telah menjayakan lebih 1,000 konsert di seluruh dunia menjual lebih 11 juta album menerima pelbagai anugerah emas dan platinum serta meraih lebih 1.5 bilion penstriman digital membuktikan bahawa mereka masih kekal relevan dan diminati.

Konsert kali ini juga mencerminkan perjalanan evolusi mereka di Malaysia daripada persembahan berskala kecil ke arena besar seperti di Genting yang menjadi lokasi pilihan ramai artis antarabangsa.

Pra-jualan eksklusif untuk ahli Genting Rewards bermula 4 Ogos jam 12 tengah hari di rwgenting.com
Jualan umum bermula 8 Ogos jam 12 tengah hari melalui etix.my, rwgenting.com dan trip.com

Harga tiket bermula dari RM188 hingga RM988 (termasuk yuran pemprosesan RM4)

Menariknya pembeli tiket Zon MLTR dan VIP turut berpeluang menikmati faedah eksklusif peminat seperti sesi fotografi bersama anggota kumpulan.

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini mengenai konsert ikuti saluran rasmi penganjur di media sosial

Komen
Loading...