Ikuti Kami:

“Meriah Lain Macam” Trending! Hael & Nadeera Hangatkan Raya

“Meriah Lain Macam” Trending! Hael & Nadeera Hangatkan Raya

Lagu Raya terbaru dari Hael Husaini dan Nadeera, berjudul “Meriah Lain Macam”, sedang mencipta fenomena dengan gabungan melodi yang rancak, lirik yang menggambarkan keterujaan pulang ke kampung, serta tarian yang menghiburkan, lagu ini sudah mula mendapat perhatian ramai.

Lagu “Meriah Lain Macam” telah trending nombor 1 di YouTube dengan lebih 800,000 tontonan, membuktikan betapa besarnya sambutan peminat terhadap lagu ini!

Selepas mencipta kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Hael dan Nadeera kembali dengan lagu Raya yang penuh warna-warni.

Lagu ini menggambarkan gelagat pasangan suami isteri yang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung dengan segala kekecohan dan kelucuan yang menyertainya.

“Ini adalah kali pertama saya menyanyikan lagu Raya bersama Hael, dan pengalaman ini sangat menyeronokkan. Saya harap lagu ini dapat memberikan kegembiraan kepada semua peminat yang mendengarnya,” kata Nadeera.

Bukan sekadar lagu, muzik video “Meriah Lain Macam” juga dijangka menjadi tular dengan konsepnya yang ceria dan penuh aksi menarik. Tarian yang unik dalam video ini turut berpotensi menjadi trend tarian Raya tahun ini.

“Saya rasa ramai yang akan ikut serta dalam cabaran tarian ‘Meriah Lain Macam’ di TikTok. Lagu ini memang direka khas untuk menggembirakan semua!” tambah Hael.

Bagi yang tidak sabar untuk menikmati “Meriah Lain Macam”, lagu ini akan dilancarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Joox, Apple Music, dan YouTube Music. Jangan lupa juga untuk menonton muzik video rasmi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Komen
Loading...