Ikuti Kami:

Merchantrade Money Tawar Rebat 3% Semua Transaksi Luar Negara Hujung Tahun

Merchantrade Money Tawar Rebat 3% Semua Transaksi Luar Negara Hujung Tahun

Rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara sempena musim cuti hujung tahun ini berpeluang menikmati penjimatan perbelanjaan yang besar melalui tawaran pulangan tunai 3 peratus tanpa had oleh Merchantrade Asia Sdn Bhd.

Inisiatif terbaharu ini diperkenalkan bagi membantu pelancong memaksimumkan nilai wang mereka ketika melancong, susulan peningkatan ketara dalam perjalanan rentas sempadan oleh rakyat Malaysia.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia, Ramasamy Veeran, dalam satu kenyataan, berkata tawaran pulangan tunai ini sah untuk semua pembelian luar negara yang dibuat menggunakan Kad Prabayar Visa Merchantrade Money sehingga 31 Disember 2025.

“Pulangan tunai tanpa had ini amat menguntungkan, terutamanya bagi perbelanjaan besar seperti menempah tiket penerbangan, penginapan hotel, dan aktiviti membeli-belah. Pengguna kini boleh menikmati penjimatan yang bermakna dengan setiap transaksi,” katanya.

Bagi menggalakkan lagi pendaftaran, pengguna baharu yang mendaftar kad ini dalam tempoh tawaran akan menerima ganjaran tambahan RM10 dengan memasukkan kod promosi yang boleh didapati di saluran media sosial Merchantrade.

Menurut Merchantrade, musim cuti hujung tahun kekal sebagai tempoh puncak perjalanan. Seiring dengan peningkatan ini, kesedaran terhadap kadar pertukaran mata wang, yuran transaksi dan caj tersembunyi juga semakin meningkat dalam kalangan pengembara.

Kad Prabayar Merchantrade Money, yang menyokong pelbagai mata wang, menawarkan penyelesaian kepada isu ini.

Pengguna boleh menukar mata wang pada kadar masa nyata yang telus melalui aplikasi tanpa sebarang yuran pertukaran, dan menikmati kadar terkunci iaitu kadar yang tidak berubah walaupun selepas beberapa minggu atau bulan ditukar.

“Dengan kemampuan untuk menukar serendah 10 sen, pengguna boleh merancang bajet secara berperingkat tanpa perlu menukar jumlah yang besar sekaligus. Ini menawarkan kaedah yang mudah dan selamat untuk menguruskan kos perjalanan luar negara,” tambah kenyataan itu.

Merchantrade Asia menjangkakan pasaran pembayaran rentas sempadan di Asia Tenggara akan terus berkembang pesat, didorong oleh peningkatan kekerapan perjalanan dan pertumbuhan penggunaan dompet digital.

Tawaran pulangan tunai 3 peratus tanpa had ini bertujuan untuk memaksimumkan penjimatan pengembara sepanjang musim percutian, sekali gus meletakkan kad prabayar pelbagai mata wang sebagai salah satu kategori pembayaran yang paling penting dan berkembang pesat dalam kalangan rakyat Malaysia yang melancong.

Komen
Loading...