Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan telah meminta pihak SKMM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membatalkan pelaksanaan lencongan DNS yang menjadi perbualan ramai sejak beberapa hari kebelakangan ini. Melalui lencongan DNS, semua DNS awam seperti Google, Cloudflare dan sebagainya dilencongkan ke pelayan DNS milik syarikat telekomunikasi.
Perkara ini pada awalnya dilihat untuk mengekang akses kepada kandungan berbahaya seperti lucah, perjudian dan sebagainya. Namun, beberapa pengguna turut mempersoalkan berkenaan dengan privasi, keselamatan dan perkara lain. Ini sekaligus membuatkan pihak kementerian mempertimbangkan kembali, dan membatalkan pelaksanaan lencongan DNS ini.
“Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus SKMM serta daripada khalayak umum, saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS).
Pada masa sama, MCMC akan meneruskan siri libat urus bersama semua pemegang taruh untuk memperoleh pandangan, cadangan dan saranan bagi memastikan objektif internet yang lebih selamat dapat dicapai bersama.
Walaubagaimanapun, pihak kementerian memaklumkan yang mana SKMM akan meneruskan siri libat urus bersama semua pemegang taruh untuk mengumpulkan cadangan dan pandangan dalam mencapai objektikf internet yang lebih selamat.