Ikuti Kami:

Menjijikan! Kilang Proses Tauhu Diarah Tutup

Menjijikan! Kilang Proses Tauhu Diarah Tutup

“Sangat menjijikkan”. Itulah kata-kata yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan sebuah kilang tauhu Chong Brother Bean di Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur.

Kilang yang mendapat penilaian tinggi di laman web perlancongan ini telah diserbu oleh DBKL dan didapati melanggar pelbagai peraturan kesihatan dan kebersihan.

Menurut Facebook (FB) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain keadaan lantai dan dinding kilang tauhu itu berdaki hitam pengendali jugak tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan.

Selain itu, pengendali tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual dengan terdapat urungan lipas, tandas berbau dan berdaki.

Kini, kilang tersebut telah dikenakan tindakan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, anda boleh melihat sendiri bagaimana kotor dan jijiknya premis berkenaan.

Rata-rata netizen berasa loya dan berterima kasih kepada DBKL kerana berjaya mengesan premis-premis makanan yang kotor.

Komen
Loading...