Ikuti Kami:

“Mendewasa” Jadi Langkah Pertama Amad Dayyan Dalam Dunia Muzik

“Mendewasa” Jadi Langkah Pertama Amad Dayyan Dalam Dunia Muzik

Penyanyi baharu, Amad Dayyan, muncul memperkenalkan single sulungnya berjudul “Mendewasa”, sekali gus memulakan langkah rasmi dalam kerjaya seninya.

Dengan sokongan World Peace Music Sdn Bhd selaku penerbit, “Mendewasa” membawa pendengar mendekati sisi peribadi Amad sebagai anak muda yang sedang melalui fasa perubahan hidup.

Menampilkan melodi pop balada yang lembut dan lirik puitis hasil ciptaan Shazriq Azeman dan Omar K, karya ini mengangkat tema konflik dalaman, ketakutan meninggalkan zon selesa serta keberanian menerima hakikat kedewasaan.

Menurut Amad Dayyan, single ini mencerminkan perjalanan sebenar yang sedang dilaluinya.

“Sebagai single pertama, ‘Mendewasa’ amat dekat dengan saya. Ia menggambarkan fasa kehidupan yang penuh ketakutan, kehilangan dan akhirnya keberanian untuk menerima bahawa membesar itu tidak mudah, tetapi sesuatu yang wajib ditempuh,” katanya di sidang media perlancaran yang berlangsung di Qeqoz Gifts & Café, Traders Square, Jalan Gombak, semalam.

Single ini turut mendapat sentuhan profesional termasuk Denny Mojo selaku pemain gitar, Omar K untuk mixing dan penerbitan, serta John Jeeves sebagai mastering engineer, memastikan mutu audio yang kemas dan moden.

Majlis pelancaran hari ini turut disertai rakan media dan wakil industri, yang memberikan sokongan terhadap usaha Amad memperkenalkan dirinya sebagai bakat baharu yang serius dalam dunia muzik.

“Mendewasa” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital serta di saluran YouTube rasmi World Peace Music.

Komen
Loading...