Mendapan Tanah Lain Berlaku 50 Meter Dari Lokasi Tanah Jerlus Di Masjid India
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu
Belum reda dengan kes tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, ada lagi satu mendapan tanah dikesan berhampiran lokasi kejadian.
Difahamkan, mendapan tanah itu berlaku kira-kira berlaku 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus yang berlaku pada hari Jumaat lalu.
Mendapan tanah itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi Rabu ekoran hujan lebat berlaku pada waktu malam hari Selasa.
Melalui laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Masjid India, pagi Rabu.
Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.