Ikuti Kami:

Mencari Lailatul Qadar, Netizen Mohon Surau & Masjid Dibuka

Mencari Lailatul Qadar, Netizen Mohon Surau & Masjid Dibuka

Dalam mencari Lailatul Qadar di 10 malam terakhir Ramadan menjadi satu rebutan umat Islam dengan memperbanyakkan amalan kepadaNya seperti membaca al-Quran dan beriktikaf di rumah Allah.

Namun disebabkan larangan beribadah di surau dan masjid akibat pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), segelintir netizen meluahkan hasrat mereka di media sosial.

Mohon pintu2 masjid dan surau dibuka

“Mohon pintu2 masjid dan surau dibuka untuk ibadah 10 malam terakhir Ramadan,” tulis Zainab Mustafa di laman Facebook menerusi group ‘Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Fans’.

Posting itu menerima 4,600 tanda suka dan 1,100 komen netizen yang rata-rata turut menyokong hasrat tersebut dimana dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar.

 

Setuju tapi dengan syarat

Surau2 stesen minyak pun minta dibuka?

Amin! Mudah-mudahan…

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen tidak bersetuju kerana bimbang penularan situasi pandemik itu semakin serius selain memberi pendapat bahawa beribadah di rumah adalah lebih baik.

Duduk rumah jelah!

Mana2 pun boleh beribadah

Allah pandang hati, ikhlas ke tak beramal

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan beliau sebelum ini berkata garis panduan itu telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lepas.

Komen
Loading...