Ikuti Kami:

Melawati Mall Sajikan ‘Chromatic Christmas’ dan Platform Ganjaran Baharu, CapitaPlus

Melawati Mall Sajikan ‘Chromatic Christmas’ dan Platform Ganjaran Baharu, CapitaPlus

Melawati Mall (MM) kembali menceriakan musim perayaan hujung tahun ini dengan melancarkan kempen “Chromatic Christmas”, yang mengetengahkan keindahan cahaya prismatik, dekorasi mempesona, serta pelbagai aktiviti interaktif dan ganjaran eksklusif buat pengunjung.

​Tumpuan utama kempen perayaan ini adalah Chromatic Christmas Tunnel, sebuah terowong beriluminasi penuh warna yang dijangka menjadi lokasi wajib singgah dan ‘Instagrammable’ untuk seisi keluarga mengabadikan memori.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan deretan persembahan langsung setiap hujung minggu, termasuk tarian LED berkostum istimewa dan sesi walkabout karekter.

Bagi kanak-kanak, mereka berpeluang menyertai bengkel kreatif bertemakan Krismas seperti seni kraf manik dan pembuatan snow glow.

​Pada masa sama, Melawati Mall memperkenalkan CapitaPlus, platform ganjaran baharu yang menawarkan kelebihan eksklusif dan pelbagai ganjaran perayaan. Melalui kempen Chromatic Top Spender, ahli CapitaPlus berpeluang merebut hadiah utama MacBook Air dengan hanya berbelanja minimum RM100 dan memuat naik resit ke platform CapitaPlus.

​Selain itu, ahli CapitaPlus juga boleh menebus hadiah eksklusif seperti Merry Charm (dengan perbelanjaan RM100 dalam 1 resit), Merry Jar (RM180 dalam maksimum 2 resit), dan Merry Mist Purifier (RM500 dalam maksimum 3 resit).

Pengunjung juga boleh menikmati seleksi barangan perayaan, hadiah, dan juadah bermusim di Bazar Krismas yang diadakan di Centre Court.

​Pembukaan beberapa premis baharu seperti Chagee, Luckin Coffee, Clarks, dan Card Dojo turut memperkukuh kedudukan Melawati Mall sebagai destinasi beli-belah pilihan komuniti setempat.

Komen
Loading...