Ikuti Kami:

Melaka Perkenal e-Bazar@Melaka Menggantikan Bazar Ramadan

Melaka Perkenal e-Bazar@Melaka Menggantikan Bazar Ramadan

MELAKA: Kerajaan negeri memperkenalkan e-Bazar@Melaka bagi menggantikan bazar Ramadan apabila Kerajaan Pusat tidak membenarkan operasi Bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan.

Keputusan ini sekali gus melegakan seluruh peniaga dan penjaja bagi mengendalikan perniagaan sepanjang Ramadan di negeri ini walaupun mereka menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa secara dalam talian.

Begitupun, semua peniaga dan penjaja kecil hendaklah berdaftar dan dilesenkan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum dibenarkan berniaga secara dalam talian dengan menyediakan makanan di premis bangunan yang dibenarkan atau di rumah masing-
masing.

“Pembangunan sistem e-Bazar@Melaka dilaksanakan di semua PBT bagi tujuan pendaftaran perniagaan dan perniagaan boleh dibuat menerusi beberapa pautan yang disediakan.

“Semua permohonan pendaftaran lesen dalam talian e-Bazar@Melaka tidak akan dikenakan sebarang caj, bayaran lesen atau untuk penghantar makanan oleh semua PBT,” katanya selepas merasmikan ambulans yang disumbangkan Lion Club Of Tanjung Bidara, di Bukit Peringgit, di sini hari ini.

Masa penghantaran makanan dan minuman adalah bermula daripada pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam dan jarak penghantaran yang ditetapkan ialah sejauh 10 kilometer (km).

Khidmat penghantar makanan pula perlu memohon Lesen Perkhidmatan Penghantaran / COD berdaftar dan diluluskan oleh PBT dengan menyertakan maklumat peribadi penghantar makanan beserta nombor Mykad, jenis kenderaan dan nombor pendaftaran kenderaan didaftarkan.

Kelulusan permohonan peniaga dan penjaja boleh disemak melalui laman Facebook kerajaan negeri dan setiap PBT di negeri ini.

Perniaga perlu berdaftar secara atas talian melalui pautan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) – (http://msdesk.mbmb/gov.my/event/daftar.cfm); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) – (http://www.ammphtj.gov.my/ebazar/) ; Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) – (https://grgo.page.link/2GLin) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) – (https://grgo.page.link/2GLin)

Selepas mendaftar dengan setiap PBT, peniaga dan penjaja perlu mendaftarkan pula dua penghantar makanan (runner) melalui pautan iaitu perniagaan (https://qrgo.page.link/2GLin) dan penghantar makanan(https://qrgo.page.link/By28G).

 

Komen
Loading...