Meet & Greet Jakel 2025: Peminat Teruja Bertemu Selebriti Kegemaran
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu

Acara Meet & Greet Jakel 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran ratusan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bertemu barisan duta terkenal jenama itu.
Bertempat di Jakel, Seksyen 7, Shah Alam, acara yang bermula seawal jam 9 pagi itu menyaksikan peminat bersemangat berjumpa dengan selebriti kesayangan mereka, termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad sekeluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, kumpulan Senariounion serta ikon animasi popular, Upin & Ipin.
Turut mencuri perhatian ialah tiktoker terkenal, Sallywho, yang disambut meriah oleh peminat media sosialnya.
Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel, menyifatkan sambutan luar biasa ini sebagai bukti sokongan padu pelanggan terhadap jenama Jakel.
“Kami amat berbesar hati melihat keterujaan pengunjung yang hadir. Acara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara Jakel dan pelanggan setia, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri kemeriahan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025,” katanya.
Selain sesi ramah mesra dan bergambar bersama duta Jakel, pengunjung turut terhibur dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz interaktif yang menawarkan hadiah eksklusif. Lebih menarik, mereka juga berpeluang mendapatkan kupon diskaun untuk pembelian koleksi pakaian raya terbaru Jakel.
Bagi memastikan keselesaan semua, Jakel menyediakan kemudahan parkir percuma dan luas, selain perkhidmatan buggy bagi warga emas dan golongan istimewa.
Acara yang berakhir pada jam 2 petang itu meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir, sekali gus memulakan sambutan Aidilfitri dengan penuh gaya bersama Jakel.