Ikuti Kami:

mDaily Tawar Tiket Eksklusif ke Konsert M2M – Sertai dan Menang Sekarang!

mDaily Tawar Tiket Eksklusif ke Konsert M2M – Sertai dan Menang Sekarang!

Peminat muzik pop 90-an pasti tidak mahu melepaskan peluang ini! mDaily ingin memberikan 5 pasang tiket kepada peminat bertuah yang ingin menyaksikan konsert ikonik M2M – The Better Endings yang akan berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 27 April 2025.

Duo pop sensasi dari Norway, M2M, yang terkenal dengan lagu-lagu seperti The Day You Went Away dan Don’t Say You Love Me, bakal kembali ke pentas selepas lebih dua dekad.

Kemunculan semula ini telah mencetuskan fenomena di serata dunia, dengan tiket di beberapa lokasi jelajah habis dijual dalam masa beberapa jam.

Sebagai penghargaan kepada pembaca setia, mDaily ingin menghadiahkan 5 pemenang bertuah dengan sepasang tiket setiap seorang untuk menyaksikan konsert penuh nostalgia ini secara langsung.

Cara Penyertaan Mudah:

– Follow akaun Instagram rasmi @mdailyofficial
– Like hantaran peraduan
– Kongsi hantaran tersebut ke Instagram Story anda & tag @mdailyofficial
– Komen mengapa anda patut menang dan tag rakan yang anda ingin bawa bersama

📅 Tarikh tutup penyertaan: 15 April 2025
📢 Pengumuman pemenang: 18 April 2025 di Instagram @mdailyofficial

Konsert The Better Endings bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah perjalanan emosi yang membawakan semula detik-detik indah era pop 90-an.

Jadi, apa tunggu lagi? Sertai sekarang dan rebut peluang untuk merasai malam magis bersama M2M – secara PERCUMA!

Komen
Loading...