Ikuti Kami:

Zul Yahya Seru Pekerja Belakang Tabir Tinggalkan Industri Hiburan

Zul Yahya Seru Pekerja Belakang Tabir Tinggalkan Industri Hiburan

Pelakon Zul Yahya seru penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT dan meninggalkan industri hiburan.

Beliau yang menyifatkan pekerjaan ini seakan kerja yang tidak diberkati tampil memberi pencerahan di laman Instagramnya.

Zul yang berada lebih 20 tahun di dalam industri hiburan tempatan melihat industri filem dan drama kini dipenuhi dengan dosa dan hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

“Saya nak kongsi satu perkara atas pengalaman dalam bidang ini lebih 20 tahun sebagai anak seni… untuk adik-adik, sahabat yang berada salam industri filem, drama tanah air terutamanyabelakang tabir iaitu kru teknikal dan kru produksi.

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industry ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup.

“Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.

“Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan jugan banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsu mereka,” katanya.

Beliau juga turut menyatakan pihak produksi yang hanya memikirkan keuntungan seolah tidak menghargai penat lelah dan pengorbanan pekerja di belakang tabir.

“Ini yang kita nampak depan mata pernah berlaku nasib kru-kru semua kita tahu mereka bekerja susah payah keluar pagi balik pagi, kerja tak ikut tempat, makan merata-rata, pengorbanan dan usaha mereka tapi pihak atasan tak Nampak pengorbanan itu,” katanya lagi.

Tambah Zul, beliau seakan kecewa melihat nasib segelintir rakan artis yang terpinggir sewaktu tua, malah beliau turut bersedih mengenangkan pengorbanan yang tidak dihargai itu.

“Ramai sahabat-sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka taka da apa-apa dah la EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak hidup, kejayaan tak ada.

“Yang ada segelintir sahaja, kejayaan dunia manakala akhirat belum lagi,” tambahnya.

Zul yang bercakap berdasarkan pengalaman turut menggesa para pekerja di dalam industri seni untuk membuat perancangan dengan betul malah keputusannya untuk undur diri dalam bidang berkenaan merupakan yang keputusan terbaik buat dirinya.

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman, itu satu sebab saya undur diri. Slai belum ada corak baik selagi itu keberkatan taka ada

“Sayang sedih tapi banyak jalan kita boleh usahakan, tinggalkan industri ini. Kita penat saja taka da siapa hargai,” ujarnya.

Sumber : Instagram

Komen
Loading...