Ikuti Kami:

Pemuda ini Terkejut Warga Asing Tolak Bantuan, Nak Seorang Satu

Pemuda ini Terkejut Warga Asing Tolak Bantuan, Nak Seorang Satu

Dalam keadaan negara menghadapi pendemik COVID-19 banyak pihak tampil memberikan bantuan dari rumah ke rumah bagi meringankan beban rakyat termasuk warga asing yang turut terjejas.

Penduduk atau warga asing yang menerima bantuan ini lazim nya akan bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan, lain pula terjadi kepada seorang pemuda bernama Mohdsalim Aripin yang dikejutan dengan tindakan warga bangladesh yang menolak bantuan yang diberikan dan memulangkannya semula.

“Lama buat kerja kemasyarakatan, sentiasa seronok. Hari ini satu kejutan dihadiahkan oleh pekerja² bangladesh.”

“Mengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberi. Mereka minta setiap seorang satu sumbangan bukan setiap rumah satu sumbangan.”

 

“Semasa kita hantar sumbangan, hanya wakil-wakil saja yang keluar.” katanya

Dalam pengkongsian beliau di laman Facebook itu beliau menjelaskan lazimnya bantuan hanya diberikan berdasarkan rumah, dan setiap rumah akan diberikan 1 pack bantuan tidak mengira berapa isi rumah tersebut.

“Saya tak kenal mereka dan mereka juga tak kenal saya. Bantuan disampaikan setiap rumah tak kira berapa ramai mereka duduk, tetap satu.

Enggan melayan permintaan warga bangladesh yang dianggap kurang ajar, beliau bertindak mengambil semula barang bantuan dan menasihati mereka agar bersyukur dan jangan kurang ajar.

“Kami tak layan dan ambil semula barang² setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan kurang ajar. Jika mereka menolak rezeki, ada yang lain mendambakan rezeki berpanjangan.”

Melihat reaksi warga bangladesh itu, rata-rata netizen berang dan menganggap tindakan mereka seperti tidak menghargai pertolongan orang.



Sumber : Mohdsalim Aripin

Komen
Loading...