Ikuti Kami:

Kedai Warga Asing Guna Lesen Warga Tempatan, 127 Kedai Telah Ditutup

Kedai Warga Asing Guna Lesen Warga Tempatan, 127 Kedai Telah Ditutup

Sebanyak 127 kedai yang dikendalikan warga asing di sekitar ibu diambil tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan memberi notis penutupan.

Tindakan diambil dibawah Undang-Undang Kecil 3(1) kerana penjaja bukan warganegara.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, sebanyak 93 premis melibatkan perniagaan kedai baju, pasar mini, kedai perabot, kedai serbaneka, produk jamu dan lain-lain.

Menurutnya, kebanyakan premis didapati disewakan warga tempatan iaitu pemilik lesen kepada warga asing.

“Bila kita serbu premis, warga asing ini akan beri macam-macam alasan kononnya mereka hanya pekerja dan pemilik kedai keluar solat, pergi beli barang dan sebagainya.

“Sekarang ini dalam tindakan penguatkuasaan dijalankan, memang kita akan ambil tindakan penutupan kedai sekiranya terdapat peniaga atau pembantu warga asing di dalam premis.,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Azmir berkata, tindakan DBKL akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

“Selepas tindakan lebih tegas diambil, pihaknya mendapati kini pemilik kedai mula munculkan diri dan menjaga premis masing-masing.

Nampak memang ada perubahan apabila pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan secara berterusan.

BACA : Kedai Gunting Rambut Milik Warga Indonesia, Bangladesh Antara Yang Diserbu DBKL

Komen
Loading...