Setelah hampir seminggu pelakon jelita Izara Aishah melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.9 kilogram, nampaknya ramai yang sudah tidak sabar mahu melihat zuriat pertamanya.
Baru-baru ini, menerusi Instagram suaminya, anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid telah memuat naik beberapa foto bersama dengan cahaya mata mereka.
Sekarang bertiga
Menerusi entrinya, Adib memanjatkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib.
Bagi Adib, detik-detik kelahiran bayi perempuannya, Irisa Alaia adalah saat paling indah dan menggembirakan baginya dah juga Izara Aishah.
Tahniah Adib and Ecah
Turut menumpang gembira, rata-rata pengikut di IG serta kenalan menzahirkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertama pasangan itu.
She’s gorgeous
Alhamdulillah, cantik baby
Semoga Irisa Alaia menjadi seorang anak yang solehah serta mampu membahagiakan kedua ibu bapa.
Sumber : Adib Khalid