Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu, orang ramai kini lebih selesa membuat pembelian secara atas talian. Sekaligus menjadikan pembelian ‘online’ semakin mendapat permintaan yang tinggi dan menyebabkan beribu-ribu parcel yang diterima setiap hari.
Dengan lambakan parcel yang diterima, pastinya membuatkan kerja pekerja-pekerja di bahagian penghantaran ini meningkat berkali ganda dari biasa. Tetapi yang sedihnya, walaupun kerja meningkat namun tiada bonus yang diberikan kepada mereka. Luahan seorang netizen mengenai isu ini baru-baru ini di Twitter menarik perhatian ramai.
Pos Malaysia Berhad @pos4you
Tadi lepas abg Posmen ni selesai hantar surat dan barang yg aku beli online tu,ada org call dia,lepas jawab call tu dia terus duduk termenung disitu dalam keadaan basah lencun,masa tu tengah hujan lebat,aku tengok muka dia memang nampak sedih pic.twitter.com/tkYZV3IAzy
— Aisyah Humairah (@aisyah9009) May 16, 2020
Menurutnya, abang posmen itu menerima panggilan telefon selepas menghantar barangan yang dibeiinya itu. Beberapa ketika kemudian, abang posmen itu terduduk dan termenung sedih dalam keadaan basah lencun akibat hujan. Rupa-rupanya, dia baru saja dimaklumkan tidak menerima bonus untuk tahun ini.
“Ada org call dia, lepas jawab call tu dia terus duduk termenung disitu dalam keadaan basah lencun, masa tu tengah hujan lebat, aku tengok muka dia memang nampak sedih.”
aku segan nak tanya sebab aku ingat dia baru putus cinta ka apa kan,so aku suruh adik aku tanya dia kenapa muka nampak sedih,mulanya dia kata x ada apa-apa lah,bila ditanya dua tiga kali akhirnya dia jawab,dia kata kawan dia call tadi bagitau tahun ni dorang x ada bonus. pic.twitter.com/ynzblt6otw
— Aisyah Humairah (@aisyah9009) May 16, 2020
Abang posmen itu memberitahu sebelum ini tidak pernah lagi jadi seperti ini kerana tahun lepas dia dapat juga bonus dalam RM1000. Lebih menyedihkan, dia terpaksa menanggung keluarganya selepas ayahnya meninggal dunia 3 tahun lepas. Ditambah pula dengan hutang motor, rumah sewa dan macam-macam lagi.
“Bukankah sejak PKP ni barang Poslaju semakin banyak sangat?”
Bukankah sejak PKP ni barang Poslaju semakin banyak sangat? Bila barang semakin banyak bermakna untung semakin banyak,lagipun minyak dah semakin murah kan? Kenapa x boleh bagi bonus pada staff kamu? Sepatutnya kena bagi lebih dari tahun lepas bukannya langsung x bagi,
— Aisyah Humairah (@aisyah9009) May 16, 2020
jangan jadikan corvid-19 sebagai alasan untuk tidak bayar bonus pada staff kamu,kalau x kerana covid19 dan PKP takkan lah korang nak dapat pelanggan ramai sampai berkali-kali ganda kan? Saya harap pihak berkenaan dan kerajaan Malaysia tolong bersuara bagi pihak posmen di Malaysia
— Aisyah Humairah (@aisyah9009) May 16, 2020
Pengguna Twitter ini turut berpendapat tidak adil nasib sebegini diperlakukan kepada mereka yang bekerja sebagai posmen ketika ini. Jika diikutkan, syarikat penghantaran mendapat keuntungan yang meningkat ketika tempoh PKP ini. Seharusnya, usaha kerja keras mereka dibalas dengan setimpalnya.
Tambahnya lagi, tidak wajar untuk jadikan COVID-19 sebagai alasan untuk tidak bayar bonus kepada pekerja memandangkan jumlah pelanggan meningkat berkali ganda. Dia juga berharap pihak berkenaan dan kerajaan Malaysia dapat membantu pihak posmen di Malaysia yang dianggap wira tidak didendang ketika ini.