Ikuti Kami:

MB Pahang Lancar PahangMart

MB Pahang Lancar PahangMart

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Pahang melancarkan portal pahangmart.com hari ini bagi membantu rakyat membeli barang keperluan harian tanpa perlu keluar ke pasar raya seperti biasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, portal itu dibangunkan kerajaan negeri melalui syarikat milik kerajaan negeri, PahangGo Sdn Bhd bertujuan mengurangkan bilangan pengunjung ke pasar raya bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, pasar raya dalam talian yang pertama di negeri itu turut membuka peluang kepada rakyat negeri ini untuk menjana pendapatan melalui khidmat penghantaran.

“Saya berharap lebih banyak pasar raya di negeri ini menjadi sebahagian PahangMart agar rakyat mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli barang keperluan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas melancarkan pahangmart.com melalui rakaman video di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, bagi fasa pertama, perlaksanaannya di bandar Kuantan dan kemudahan itu akan diperluaskan ke daerah lain selepas ini.

“Semoga usaha ini dapat membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19 serta memudahkan rakyat negeri ini membeli secara dalam talian,” katanya

Komen
Loading...