Maskot Owi Diperkenal, Eskayvie Hargai Komitmen 6 Tahun Pak Nil
- oleh MDaily Editor
- 27 Jan 2026 11:29 am
Pelancaran maskot Owi dan packaging baharu Mindtropic Junior menandakan langkah penjenamaan yang lebih mesra kanak-kanak bagi menyokong usaha mendekati golongan keluarga.
Eskayvie terus mengukuhkan posisinya sebagai peneraju industri kesihatan tempatan menerusi penganjuran Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 yang menyaksikan pengenalan inovasi baharu serta penghargaan terhadap kesetiaan duta jenamanya.
Majlis bertemakan ‘The Journey Continues: From Purpose to Impact’ itu menjadi platform penting bagi syarikat untuk meraikan pencapaian tahun lalu sambil menetapkan hala tuju lebih mampan bagi mendepani cabaran kesihatan global yang semakin kompleks.
Kemuncak majlis yang dihadiri lebih 400 warga kerja dan usahawan Eskayvie Nexus itu adalah pelancaran Owi, maskot rasmi bagi kempen Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda.
Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, berkata pengenalan Owi bukan sekadar gimik, sebaliknya simbol kepada potensi kanak-kanak yang perlu disuburkan dengan nutrisi yang betul.

Dr Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie, Ketika menyampaikan ucapan mengenai hala tuju strategik syarikat.
“Owi berfungsi sebagai medium komunikasi yang lebih mesra untuk menyampaikan mesej kepentingan perkembangan minda kepada ibu bapa dan anak-anak.
“Kami komited memastikan setiap anak mendapat sokongan nutrisi melalui penambahbaikan formulasi produk Mindtropic dan Mindtropic Junior,” katanya pada majlis yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, baru-baru ini.

Aznil dan ibu tercinta Dr Kartika, Datin Hajah Kamaliah turut hadir.
Selain inovasi produk, Eskayvie turut menzahirkan penghargaan istimewa kepada ikon penyiaran, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil, yang kini memasuki tahun keenam sebagai duta jenama berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, memuji komitmen konsisten Pak Nil dalam mendidik masyarakat mengenai gaya hidup sihat.

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Formulator Eskayvie.
“Hubungan ini melampaui kerjasama komersial; ia adalah satu ukhuwah yang dibina atas dasar kepercayaan dan integriti profesional. Pak Nil sentiasa dekat di hati masyarakat, selari dengan misi kami untuk membawa impak kesihatan yang sebenar,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Eskayvie turut mengumumkan strategi pengukuhan pasaran menerusi rangkaian Eskayvie Nexus yang kini mencecah 130,103 usahawan di seluruh negara.
Rangkaian ini akan menjadi penggerak utama dalam menyebarkan pendidikan kesihatan secara empatik dan berfakta kepada komuniti.

Antara pemenang yang diraikan.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pengguna, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian hadiah utama sebuah kereta Honda City 1.5V bagi Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025 yang menarik penyertaan lebih 350,000 peserta.

Langkah ini membuktikan Eskayvie bukan sekadar jenama produk kesihatan, malah sebuah ekosistem yang bertanggungjawab dalam membina kesejahteraan masyarakat berlandaskan sains dan nilai kemanusiaan.




