Ikuti Kami:

“Masih Ada 7 Warga Malaysia” – Janji Dibayar RM15K Sebulan Kerja Di Taiwan, Lelaki Ini Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

“Masih Ada 7 Warga Malaysia” – Janji Dibayar RM15K Sebulan Kerja Di Taiwan, Lelaki Ini Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

Memetik laporan Utusan Malaysia, seorang lelaki mengimbau kembali momen ‘hitam’ apabila dirinya dikurung dalam bilik yang gelap selama tiga hari tanpa makan atau minum selepas menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar, lima bulan lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Steven, 38, menceritakan dirinya dikenakan hukuman sedemikian kerana gagal memenuhi permintaan majikan sewaktu itu.

Dia minta saya jadi penterjemah dari bahasa lain kepada bahasa Melayu. Saya bahasa Melayu pun kurang. Setiap kali tidak dapat terjemah, saya dipukul oleh mereka.

Katanya lagi, dia berada disana bukan sebagai scammer, sebaliknya perlu menjadi penterjemah bahasa tetapi pekerjaan yang dilakukan tidak dibayar oleh majikan sama sekali, biarpun sudah lima bulan bekerja.

Tidak tahan diperlakukan sedemikian, Steven nekad melarikan diri selepas menyogok kumpulan sindiket itu dengan sejumlah wang RM10,000.

Tambahnya lagi, selain dirinya yang menjadi mangsa, masih terdapat tujuh warga Malaysia yang masih berada di sana dan kebanyakannya adalah berbangsa India.

Steven bercerita dia diminta untuk terbang ke Bangkok, Thailand sekitar Februari selepas menerima tawaran peluang bekerja di sebuah bar di Taiwan dan dijanjikan bayaran yang lumayan sebanyak RM15,000.

Bagaimanapun, selepas tiga minggu di sana (Bangkok), mereka kemudian bawa saya ke Myawaddy. Sebaik tiba di sana, saya dipukul, diseksa dengan renjatan elektrik. Ketika itu saya baru sedar saya ditipu.

Komen
Loading...