Ikuti Kami:

“Masa Arwah Diseksa Kenapa Tak Tampil?” – SUHAKAM Anggap Hukuman Gantung Sampai Mati Tak Adil, Bapa Zulfarhan Bersuara

“Masa Arwah Diseksa Kenapa Tak Tampil?” – SUHAKAM Anggap Hukuman Gantung Sampai Mati Tak Adil, Bapa Zulfarhan Bersuara

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada 6 pesalah kes bunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Menurut SUHAKAM, hukuman mati bukan penyelesaian yang adil dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.

Menjawab kepada kenyataan SUHAKAM itu, bapa kepada Zulfarhan dalam laporan Majoriti mempersoalkan di mana SUHAKAM ketika anaknya dibunuh 7 tahun lalu.

Kenapa perlu sekarang? Apa yang cuba mereka sampaikan?

Zulkarnain Idros melihat SUHAKAM seolah-olah mahu berpolitik demi kepentingan peribadi.

Jika tidak ada kepentingan peribadi, mereka tidak akan memberikan kenyataan yang sedemikian rupa. Sebagai contoh, masa arwah diseksa tujuh tahun dahulu kenapa tiada yang tampil memberikan kenyataan?

Sebagai seorang bapa, Zulkarnain mahu semua orang menghormati keputusan mahkamah kerana anaknya juga layak mendapat keadilan.

Komen
Loading...