Marshall Perkenal Pembesar Suara Emberton III Edisi Lunar New Year 2026
- oleh MDaily Editor
- 24 Feb 2026 6:30 pm
Jenama audio ikonik, Marshall Amplification, melancarkan Emberton III Lunar New Year Edition 2026, sebuah pembesar suara edisi terhad yang dihasilkan dengan kerjasama artis terkenal dari China, FCCK, bagi meraikan kedatangan Tahun Kuda.
Pelancaran itu merupakan sebahagian daripada kempen “Live Unbridled” yang diinspirasikan daripada peribahasa Cina “脱缰野马” (tuō jiāng yě mǎ), melambangkan kebebasan dan tenaga luar biasa.
Emberton III edisi khas ini menampilkan sentuhan seni visual FCCK yang menggabungkan elemen ilustrasi album dan tipografi berani, sekali gus menjadikan peranti audio mudah alih ini sebagai satu karya seni yang eksklusif bagi komuniti kreatif di Malaysia.
Menurut kenyataan Marshall, hanya 50 unit pembesar suara ini akan diperuntukkan untuk pasaran Malaysia, menjadikannya koleksi wajib bagi peminat audio dan pengumpul barangan edisi terhad sempena musim perayaan ini.

Berbeza dengan rangkaian jualan runcit biasa, Marshall memilih pendekatan lebih terarah dengan melancarkan produk ini secara eksklusif di Against Lab, sebuah hab kreatif yang dikenali sebagai penyokong seni bebas dan budaya komuniti.
Emberton III Lunar New Year Edition 2026 akan mula dijual pada 7 Februari ini dengan harga RM1,149 seunit.
Orang ramai boleh mendapatkannya secara fizikal di kedai Against Lab Pudu atau melalui platform dalam talian di againstlab.com.
Bagi memeriahkan pelancaran tersebut, satu acara pengalaman di kedai akan diadakan di Against Lab Pudu pada tarikh berkenaan bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang.
Acara tersebut bakal menyajikan interaksi muzik dan budaya, termasuk bengkel penyesuaian ‘couplet’ (bait ucapan tradisional Cina) sebagai simbolik membawa tuah dan harapan baharu bagi tahun yang akan datang.
