Ikuti Kami:

Marsha Terharu Terima Pingat Ahli Darjah Kinabalu dari TYT Sabah

Marsha Terharu Terima Pingat Ahli Darjah Kinabalu dari TYT Sabah

Penyangi kelahiran Sabah, Marsha Milan, tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya ketika menerima pingat Ahli Darjah Kinabalu daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada majlis yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu pada 16 Oktober 2024 lalu.

Penghargaan berprestij ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada sumbangan Marsha dalam memartabatkan seni dan budaya Sabah di peringkat nasional.

“Saya amat terharu dan berbesar hati dengan anugerah ini. Ini adalah satu penghormatan yang sangat besar bagi saya dan memberi motivasi untuk terus berusaha menjadi lebih baik dalam kerjaya seni saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong saya selama ini,” kata Marsha dengan penuh rasa syukur.

Ucapan ini mencerminkan penghargaan beliau terhadap sokongan orang di sekeliling yang memainkan peranan penting dalam kejayaannya.

Sebagai anak jati Sabah, Marsha merasa penghormatan yang diterimanya ini sangat bermakna.

Pengalaman membesar di Sabah bukan sahaja telah membentuk dirinya sebagai seorang artis, tetapi juga memberikan inspirasi untuk terus berkarya.

“Cinta saya kepada tanah air, Sabah, adalah keutamaan saya. Saya juga bercita-cita untuk membawa lebih banyak elemen kraf Borneo dalam karya-karya saya pada masa akan datang, insyaAllah,” tambah Marsha.

Pengiktirafan ini menambah lagi semangat Marsha untuk terus berkarya, membawa nama Sabah ke pentas seni lebih besar, dan memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda dari negeri kelahirannya.

Komen
Loading...