ImanPiano 2.0, sebuah acara yang unik dan penuh keajaiban, sekali lagi membuktikan kehebatan Ismail Izzani sebagai ikon hiburan Negara.
Diadakan di lokasi ikonik Aquaria KLCC pada 16 Disember 2024, acara ini membawa gabungan pengalaman muzik mendalam dan cabaran penuh aksi yang memukau peminat serta hadirin.
Dalam acara ini, Ismail bukan sahaja memukau dengan persembahan muziknya tetapi juga menunjukkan sisi karismatik melalui aktiviti interaktif, termasuk cabaran yang memacu adrenalin bersama Fizi dari Hot FM.
Kemuncak acara adalah cabaran yang mendebarkan, di mana Ismail mencabar Fizi untuk menempuh “Rage Cage,” bersama-sama, mencetuskan detik luar biasa yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton.
“Ini adalah cara saya mendekatkan diri dengan peminat dan memberikan mereka pengalaman yang tidak akan dilupakan,” kata Ismail Izzani. Dengan minat mendalam terhadap aktiviti lasak, beliau menjadikan acara ini sebagai satu cara untuk menyuntik elemen baru dalam hiburan muzik tempatan.
Kejayaan ManPiano 2.0 turut mendapat sokongan penuh daripada Aquaria KLCC, yang menjadi penaja lokasi dan fasiliti.
Kerjasama ini bukan sahaja membawa pengalaman premium kepada hadirin tetapi juga memastikan setiap momen dirancang dengan sempurna untuk meninggalkan impak yang berpanjangan.
ManPiano 2.0 kini dikenang sebagai satu lagi pencapaian dalam perjalanan seni Ismail Izzani – sebuah malam di mana muzik, aksi, dan kenangan bersatu mencipta sejarah baharu di Aquaria KLCC.